Thursday, December 1, 2011 0 comments

nak yakin pun gunalah otak

A:aku nampak ko tertunduk2 kat padang bola tadi.serupa kelembai dah aku tgok.apesal?

B:...makan kaki ko karang.ak cari duit aku la.tecicir tadi masa main bola.

A:patutla muka dah mcm itik tetelan bola besbol.berapa hinggit?

B:5o sen

A:..ape ke nasib aku dpt kwan mcm ko ni.takat 5o sen tu ko sanggup round padang  dari asar sampai warden anak dara tua tu dah memekik suruh tutup lampu dorm.dah tu jumpa ke?

B:*muka buat-buat sedih*.tak,tak jumpa,tapi ak yakin gler doe ak tecicir duit tu kat situ.

A:*peluk B sambil sekeh kepala 3 kali dengan penuh kasih sayang*.yakin?meh sini dekat opah meh.opah nak bg pengisian magrib.

B:ko sawan tikus ke ape?

A:syhhhh..diam.aku nak bg ilmu ni.ko tau tak yakin tu ade 2 kategori?

B:*nganga*

A:Ye,yakin pun ade kategori.ko ingat lagu je ade jenis2 pop rock balada etnik kreatif takde jenis?

Yakin pun ade.

Satu,yakin berotak.yang lagi satu,yakin tak pakai otak.
Yakin berotak ni contoh dia senang.kite student.so standard la every subject ade final exam dan carry mark.ko yakin ko akan pass semua paper dengan gemilang cemerlang nyer.sebab?ko dah buat terbaik utk carry marks ko.esaimen mantap,presentation superb,attendance ko xpayah cakap kalau boleh sebelum subuh ko dah sampai kelas.study final bagai nak rak sampai lunyai segala bku lib ko buat mcm harta turun temurun ko.so,takde reason ko tak nak yakin ko akan score gler2  sem ni.melainkan mmg dah takde rezeki.

B:yakin tak berotak?

A:yakin tak berotak tu mcm ko la.*muka tak besalah*

Yakin tak berotak tu macam ni.ko nak balik segambut dari nilai.kalau ikut logik naik train dah sampai kan?tak sempat nak pejam mata pun.tapi ko buat pandai,pegi jauh2 sampai BTS(Bandar tasik selatan,utk org2 KL yang tak penah naik bas) duduk kat situ dari makcik cleaner mop lantai sampai pak guard dah 3 kali tukar shift.sebab?ko cakap ko yakin akan ade bas ke segambut.padahal dah terang2 BTS tu takkan ade bas ke segambut,tak pecaya lepas ni bole g sana cek.dan dah berkali-kali aku bagi tau ko tapi ko tetap buat muka tak cukup makan ko,sebab ko cakap ko yakin akan ade bas tu.tu la dia yakin tak berotak,paham?

B:*muka teruja*.paham,hebat ko doe.tapi,ape kaitan ngan duit 5o sen aku?

A:harusla ade.dah ko ingat aku free2 bazir air liur je membebel kat ko.kan ke  aku pinjam 5o sen ko td sebelum kita turun padang.nak letak kat tabung masjid.sadis la ko,alzheimer di awal usia.

B: *sigh*



Monday, November 28, 2011 4 comments

maafkan kami kerana terlalu complex

Ada suatu masa bila seorang wanita berkata dia berasa sangat sedih,tapi tak tahu sebab dia bersedih.Dia ingin marah,tapi tak mampu untuk marah.Dia menangis,tapi masih tersenyum dan berkata” I’m okay”.

Bila ditanya,dia senyap walaupun sebenarnya dia ingin luahkan segala-galanya.Bila diminta untuk bercerita,dia cuma mampu mengeluh.Bila kita cuba buat dia ceria,dan dia juga cuba untuk ketawa.

Terkadang dia akan jadi seperti kanak-kanak,minta ditemankan.marah tanpa sebab.merajuk pada benda yang tak logik tapi dalam beberapa saat akan minta maaf.

Kalau aku jadi lelaki,aku akan rasa macam nak gantung diri guna wayar seterika.

Why woman must be too complex?

Aku tak punya jawapan untuk itu since honestly,aku sendiri sedang melaluinya.

p/s:
Bila terkadang rasa tak punya sesiapa,baru aku sedar kenapa aku tulis blog.

“blog is a place for people who are being ignored.”
Thursday, November 24, 2011 3 comments

emosi si cacat


midterm,
selamat tinggal
mood swing,
selamat datang

org mood up and down masa tgh exam,tapi aku down bila dah abis exam.cacat ke aku?
bole begelak ketawa 10 minit yang lepas,tp sepantas tsunami tiba2 rasa nak menangis.

hakikat kecacatan emosi yang menggila umpama gadis2 yang histeria tgok match  malaysia-indonesia.

caution:penulis dalam keadaan tak stabil,sila berhati-hati.


Tuesday, November 22, 2011 2 comments

biar cuma "anne" yang kenal "aci" nyer

“beb,berapa kali seminggu ko basuh baju?”

“awak,kasut awak ni selalu awak simpan kat rak kasut ke atau letak depan pintu jer?”

“abah,gaji abah berapa percent yg abah dapat berapa percent kena masuk akaun mak?”

So,how?mencabar tak soalan2 aku?soalan ni tak pernah ade dalam bank soalan KPM,kalau lecturer korang keluarkan soalan ni dlm midterm sila bg tau aku,aku nak mintak dia sain autograph kat idung panda bear aku.

Sometimes,people like to questioning others.macam soalan2 kat atas.yg aku tunjuk tu cumalah contoh soalan2 separa pelik.soalan mahapelik aku tak tulis,sbb takut korang dapat indigestion bila baca.

Some people sgt adore dgn mereka2 yang bertanya soalan2 seumpama soalan philosophy ni*baca lain keluar subhanallah 80 km sesat nyer*.Pada mereka,org2 yang selalu bertanya soalan2 luar alam ni adalah insan2 yg sgt caring,concern,ambil berat,dan tentulah….sangat sayangkan mereka.

Yes,I admit  it.dan tahniah kepada insan2 caring yg berjaya menggunakan hemispera kanan dan kiri korang dengan jayanya untuk create soalan2 nih.

Tapi,

Ape nasib orang2 macam aku?

Yang fikiranya mungkin bg orang2 normal agak terpesong dari landasan pemikiran homosapiens dgn 46 chromosomes.

Aku tak kan secara melulu hantar sms kat orang lepas abis solat dhuha*ke arah membina imej budak surau yg lelaki2 melayu idamkan*

“awak,kain pelekat awak yg awak selalu guna masa solat ade berapa kotak ye semua?ade part yang dah luntur?lepas solat selalu awak terus pakai kain tu ke awak tukar kain lain?”

Adakah aku perlu tanya soalan camtu untuk kelihatan caring?

Diri kita,kita yang tau.ade sesetengah perkara lebih elok jadi rahsia kita dan yes hanya kita.

Aku mungkin tak tanya dia dah makan ke belum tiap kali waktu lunch,tapi tiap kali ak nak makan walaupun Cuma biskut hup seng dah air kotak milo aku akan terpikir dia dah makan ke belum.dan aku takut nanti kalau aku tanya,dia cakap belum,aku akan tak lalu makan malah tak mustahil akan bungkuskan biskut hup seng yang tinggal 3 keping ni untuk dia.*aku maksudkan panda bear aku yg bermastautin atas meja study ni,bukan boypren,aku single,terima kasih*

Takpela,kesimpulanyer,sape nak rasa aku caring silakan,sape nak cakap aku tak caring pun silakan.

Hanya “anne” yang kenal “aci” nyer.

Peace^_^
Wednesday, November 16, 2011 0 comments

lie to me

“Ci…bangun..morning=)))”

Haa sudaahhhh,aku tak kunci pintu ke malam tadi?aisehh=.=

morning*mulut kata morning,mata suruh pejam*..nape wak?nak amik movie ke?kite ngantuk sgt nih..mlm tadi kite tido pukul 6.30”

“hah??awak buat pe smpai 6.30 tu??..kite nak ajak awak turun,arini turn kita kemas dapur”

Sigh.”oke,awak turun dulu.kite basuh muka kejap”

Sudahnye,berakhirla niat dan angan2 nak tido lebih skit arini.lebih apenyer kalau sah2 malam tu jadi penunggu depan laptop.bukan tunggu orang.kalau hari-hari tunggu orang mau aku jadi zombie.belum campur tekanan perasaan lagi.Ahhh takde maknanya nak tertekan kecamuk jiwa segala,aku kan tabah,plus realistik.Hari-hari duk melayan aku jer tak de masa depan la hidup ye tak?

Fuhh,,memandangkan smenjak dua menjak ni semua orang nak sibuk,sibuk meeting,sibuk dating,sibuk jaga kebun,sibuk tukar lampin anak.Aku jela yang tak sibuk kan,tapi aku jugak yg tak tido malam.So,demi azam nak mnyibukkan diri jugak,aku buat keputusan abiskan 10 episod Korean movie malam tadi.aku ulang,10 EPISOD KOREAN MOVIE.

Overall,not bad la citer nyer.takdela sia2 aku mabuk pagi ni sebab tak tido semalaman.

Lie to me.

Tgok tajuk macam takde selera nak tengok,tapi tertengok jugak sbb ak rase ak favor citer ni.kenapa?

1.citer ni realistik.*tak abis-abis ngan realistik dia.kanan kiri duk realistik memanjang*.eh haruslaaa,citer ni takde la tipu sgt,heroin dia pun tak bengap dan blurrr mcm kebanyakan citer2 lain.

2.”you like me a little,you like that girl so much,isn’t?”bila lelaki keliru dan tak mampu nak memlih,jangan paksa,besar kemungkinan dia sendiri tak tau yg mana dia suka a little,so much,atau used to suka.

3.be sure of your feelings.

4.tak perlu terlalu determined kalau nak dapatkan seseorang.ikhlas tu bukan kita nampak dari berapa banyak kali kite redah office org tu ajak dia temankan lunch,ataupun sanggup tunggu dia bertahun-tahun. bagi aku,lebih baik  kita biarkan dia jalankan hidupnya sendiri,datang bila diperlukan,tinggalkan dia bila rasa dah tak penting.kalau mmg kita diperlukan,dia akan datang balik,pada masa yang kita tak tau bila.

5.jangan taksub sangat dengan  drama korea.

p/s:mood nak mngupdate tak brapa sgt,dlm musim sentimental.


Tuesday, November 8, 2011 1 comments

budak surau

BUZZ!!!

BUZZ!!!

Panda:beb,aku sedih=((((((

Aci:wooooo..chill2,apehal?meh citer meh, ak nak hug ko pun ak nampak pc je nih,ce citer skit..

Panda:katak mintak break up,out of sudden takde angin takde ribut.dia kat KL,takde ter-efek dgn banjir kat Terengganu tu punnnn kannnnnn….ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!*meroyan

Aci:whatthefishhhh si katak cacat tu tiba2 mintak putus?dia dah jumpa katak betina lain ke?

Panda:…ak tak tau alasan dia ni reasonable ke tak, tapi selawat panjang jugak aku bila dia bg tau

Aci:apekah?sengal lahh..oke aku pulak emo,kenapa dia mintak putus?

Panda:3 ari lepas, dia pegi  surau. Surau yg dekat kampus kita tuh.tekejut kan?aku gelak kaw2 naik kembang esophagus aku masa mula-mula dia bg tau.tp syukur jugak sebab bf aku dah tebukak jalan nak jadi soleh.

Aci:really??

Typing

Panda:dia pegi nak carik selipar dia,bukan nak dgr kuliah subuh=.=’.last night roommate dia pegi pakai crocs dia pegi masjid,tapi balik bawak selipar jepun yang kaler pun subhanallah.gegar jugakla blok c mlm tuh.

Aci: …*sigh*

Aci:aku dah agak dah..oke then,sambung2

Panda:otw balik,dia nyaris telanggar seorang budak ppuan yg kebetulan baru balik dari surau tuh.

Aci:sure2 dia nampak semua org mcm crocs dia dah..oke pastu?

Panda:dia ckp,budak tu jatuh. Dia cuak ahhh..mmg biru laut dah muka.but then budak tu tak marah pun.

Aci:wahhhh!!budak tu ckp ape?

Panda:ntah,katak tak citer kat aku pun.tp ak perasan lpas tu dia mula berubah.

Aci:maksud kau?

Panda:ni ape katak cakap,aku paste dri skype semalam

pan,katak nak ckp something tapi katak harap pan tak kan marah katak. Pan ingat kan pasal budak surau yg katak nyaris2 nak terbangkan dia dengan motor katak tu?katak rasa,dialah jodoh katak.hmmm,pan mesti sedih kan.tp katak kena jujur,antara pan dengan budak surau, hati katak lebih berat utk bersama dengan budak surau tuh.dia lemah lembut, jalan tunduk, pakai tudung labuh,stoking lengan stokin kaki,cool,muka pun sejuk jer.katak tak cakap pan tak baik,but you’re totally different with her.pan straightforward,jalan pun nak rush jer,bab aurat katak taknak tegur sebab katak pun tak alim mana.jadi,katak harap pan dpt terima kenyataan yg lepas ni kita dah takde pape.kita putus.moga pan akan dpt orang yg lebih baik dari katak.assalamualaikum.

Aci:ohhhhhhhh my….goodness……….ak speechless.give 5 10 minutes,aku nak kol kitty,nak tau kot2 dia pun nak budak surau.boleh ak prepare awal2.

Panda: …

panda:it's okay..aku pun nak off dah..ak tak abis pikir kenapa katak buat aku mcm nih..yes aku bukan budak surau, but it doesn't mean aku tak solat, yes ak tak pakai tudung labuh, but who knows esok lusa aku akan pakai dan waktu tu aku takkan patah balik lagi.hidayah tu milik Allah,mungkin ini masa dia,masa aku tak tau bila. takpela, aku nak tido.nyteeee
Sunday, November 6, 2011 0 comments




Kadang memahami manusia itu adalah perkara utama yang kita mahu.
Menuju realitinya,

kita mula sedar, manusia ini berbeza.Aku dengan kisahku,dia dengan kisahnya.


Terlalu dibayangi cerita lama hingga lupa kini sedang berhadapan dengan figura berbeza.





*amik ko ayat drama petang.Efek tido bebantalkan kamus dewan*








Monday, October 31, 2011 0 comments

belajar jadi realistik

hidup ini indah, tapi lagi indah kalau kita bersikap lebih realistik.

Tak pandai nak jadi realistik,sini aku ajar*muka serius sambil pegang rotan buluh*

1.terima kenyataan yang hero-hero dalam novel, samarinda ataupun telenovela tu semuanya tahyul.takkan ada lelaki sesempurna tu hidung mancung bak dikepit stapler gentleman bak steward MAS kaya-raya sampai lancer tu dia buat mcm kereta sorong tapi pada masa yang sama sgt sayang kan kita sampai sanggup redah laut mediterranian semata-mata nak cari cincin yg dia mula-mula bg kat depan tesco nilai dulu.

2.lelaki-lelaki muda takkan berubah dari jadi siput sedut dan kalahkan pakcik-pakcik tua yg sentiasa amalkan prinsip ‘grab the chance’ dalam proses nak menjadikan sesuatu perhubungan tu lebih serius.selagi genetik  takut pada diri sendiri dan tak berani nak berkomitmen tu masih menjadi pendamping setia si  muda selain daripada game dota dan EPL,statistik atuk berkahwin dengan cucu takkan menurun walaupun badak sumbu dah jadi kurus lepas makan herbalife.

3.berkawan dengan A, tapi bercinta dengan kawan baiknya,memendam rasa selama mana  ikan pekasam direndam oleh nenek-nenek kita dulu*aku taktau sebab nenek aku tak pernah buat* dan berharap 2 jam sebelum pernikahan bakal suami kita tu akan bangun lalu buat drama sebabak

“saya tak boleh kahwin dengan dia,sebab saya Cuma org ke-3,kahwinkan lah dia dgn org yg betul-betul cintakan dia”.

Nonsense.mati sakit jantung bakal bapak mertua kalau calon menantu dia buat mcm nih.

Jadi,berhenti berangan hidup kita akan jadi seindah heroin dalam filem.since life is about how you make it realistic,bukan drama bersiri yang dah dibukukan skripnya.


Thursday, October 27, 2011 0 comments

taken from "best quotes"
0 comments

ternampak hantu


Mmg la seronok kalau bangun lambat.sedar2 dah pukul 8.30.tak ke haru mana nak siap2 lagi dgn nak buat muka tak malu pinjam labcoat org lagi.*labcoat aku hilang,sape nak buat derma kilat belikan labcoat baru dialu-alukan*.rasa macam tido balik je buat2 demam lpas tu takpayah pegi kelas arini.

Berbekalkan azam dan perut kosong,selamat jugak eksperimen arini walaupun masa last2 tu kepala dah senget sebelah sampai jalan pun dah mcm lori 3 tayar.tapi ada hati lg nak volunteer hantakan esaimen budak2 nih memandangkan YB syafiq masih tekun dgn mayonis nyer yang ntah jadi ntah idak*dengki sebab minggu lepas aku buat tak jadi sgt*

Belari dari lab ke fkp*siryes aku lari bukan jalan,kalau mengandung dah bole tecicir kot anak dalam perut tu*,mendaki ke tingkat 3 dan……dan aku nampak HANTU.eh bukan,orang.tapi aku yg rasa mcm nampak hantu.dah nama pun nampak hantu,so takde masa la nak menge-teh ke bincang isu rumah tangga ke,mmg immediately lari terus.tingkat 3 tu rasa mcm jauh je nak sampai ke bwh.rse kalau beguiling-guling je terus lagi cepat sampai*nak buat tapi bila tepikir byk impian tak tertunai lg so terus cancel*

Elok sampai bawah,Cuma mampu gigit jari sambil bejalan tehoyong-hayang mcm belon dah tak cukup angin.nampak hantu lagi skali,lari tingkat 3 balik.tak,yang ni ak tipu,takde nampak sape2 jadi teruskan la aktiviti menggigit jari sebab lutut dah shaking takut teramat.

Ku sangka panas hingga ke petang,rupanya sampai malam tak sejuk-sejuk.baru nak tarik nafas,tiba-tiba nampak alien kepeng dan panglima.masa tu rasa jari dah mcm chicken finger yang digoreng panas,sedap dimakan tapi bahaya ditelan.mcm nak tutup muka dan lari,tapi nanti alien tu merajuk aku taktau nak bg dia telan pil ape.so  dgn tahap kesedaran  diri yang masih kong,aku balas teguran dia dgn ayat yang mmg aku tak pernah sangka akan keluar but yet,yakin kontrovesi.sori pakcik, I kat awangan lagi masa tuh.

and siryes,lepas tu aku rasa mcm nak pengsan,tgn aku menggeletar,lutut mcm nak tanggal.tapi bila pikir balik,,,"bongok la kau ni,kalut tak tentu pasal.aishhh"



Tuesday, October 25, 2011 0 comments

putar belit

Hentikan pembacaan di slide ke-23 food chem---protein---

Tak boleh fokus lagi.ade persoalan yang dari malam tadi berakar, kalau disiram mungkin dah mekar bunganya boleh petik jual 1 bouquet 30 hinggit.

Kenapa manusia suka main belit-belit?

Maksud aku,cakap belit-belit,macam ubat nyamuk fumakila.

“saya rasa tak layak utk awak,awak patut dapat org yang lebih baik dari saya.jadi……lebih baik kita bawa haluan masing2”

Compare dgn ayat nih,

“awak, kita putus.”

Tak perlu bagi alasan bagai macam nak buat discussion lab report.taknak ckp taknak.tak payah susah2 nak mengarang .22 patah perkataan dibandingkan dgn 3 patah perkataan yang akhirnya bawak maksud yang sama.

sakitnya tetap sama.

*jiwa terusik bila tgok ramai org baik ditinggalkan sbb nih,ape hak kita nak menilai baik buruk manusia.kalau jatuh cinta tak perlukan alasan,maka putus pun tak perlu bagi alasan*
Sunday, October 23, 2011 0 comments

dengarlah dunia,saya maluuuuuu!!

Okay,nak catat tarikh ni masuk dlm list ‘hari takkan keluar bilik’.maluuuuuuuuuuu!

Seawal 7.10 aku pause kan mimpi aku utk sambung balik malam nnt,begegas masuk toilet dgn harapan tak lambat masuk kelas food sci. arini.nak duduk sebelah AO.taknak duduk belakang dengan boyfriend aku che da cool sebab nanti masuk slide ke-11 kitorang akan begosip dan rasa dunia ni kitorang je yang nak huni.

“baru 7.38 awal lagi nih yesssss3x!”*mood pelajar cemerlang.

Kemas tempat beradu--àdone

Men-touch up muka---àdone

Kemas buku---àdone

Masukkan bb power magic foundation silky girl+perfume+lip balm*saja nak show off aku pun pandai pakai bedak muka okeee*------àdone

Tudung kelepet-----àtak harus terjadi---àhantar receptor ke otak--àkaki belari keluar bilik nak cari cermin besar sikit---ànampak housemate,eh ye housemate,,,,*of coss la housemate,kalau nampak jiran sah2 la aku  salah masuk rumah malam tadi.

“eh,ci awalnyer siap,ade klas ke pg ni?”

“a’ah la,,kelas kan pukul………aaaaaaaaaaa kelas pukul 10 bukan pukul 8,,,ohhh tidakkk2 kelas pukul*dialog tak dapat disambung sebab bila aku kalut ak pun taktau aku cakap ape*

So besok,aku taknak siap awal2 lg,biar hon kereta tu bebunyi 8 kali pun aku nak buat cool je,biar lambat asal selamat.MALUUUUUUUUUUUUU!!

--------àterus cabut balik tudung,on laptop dan online,sambil pasang lagu pekak telingaß------



Saturday, October 22, 2011 2 comments

lecehnyer berperasaan

Kalau baca perasaan orang tu bole buat santai-santai sambil minum teh panas,belek2 magazine 5 minit,tutup magazine,begosip sampai ke maghrib,

Kalau ukur perasaan tu bole spesifik marah berapa cm,jeles berapa gram,geram berapa inchi,

Kalau pujuk perasaan tu senang mcm nak masak maggy kari,celup 2 minit tabur perencah siappppp*orang buta pun bole buat*

Kalau perasaan tu boleh pilih2 mcm nak pilih shawl kat jalan tar, “kak saya nak shawl corak harimau bintang , kak saya nak shawl corak cengekerang kura-kura, kak saya nak shawl yg belakang panjang mcm ekor cicak”

Kalau perasaan tu bole undo2 mcm taip entri belog nih,”eh dia buat cmni,tak bole marah,geram skit je bole”

Kalau perasaan tu bole di-explen secara izhar(jelas, nyata,dan terang) maka tak perlulah ayat2 drama petang atau telenovela,”saya tak tau ape yang saya rasa.saya tak tau kenapa saya marah sgt pasal benda nih. Saya tak tau kenapa tiba2 saya geram”

*semua pun tak tau,abis kau igt org yang kau duk hadap tu tau sgt ke ape kau rasa?*

Kalau  perasaan tu boleh ditafsir secara exact dan bukan berlapik-lapik,
 setakat “something that you feel in your mind or body”*oxford fajar 100th editions*

maka takkan adelah keluar ayat

“benci lah dgn kau.tak pernah paham perasaan aku”

*helllooo,perasaan aku pun sampai aku dapat cicit tak konpem lagi ak khatam nak pahamkan*

“aku frust.kau amik la Kenny aku tu.aku tak hadap pun.stress la dgn dia,asyik2 duk buat bnda sama,tak pernah paham perasaan aku,aku ckp aku tak suka ak tak suka la,bengapppp”

*kau lg bengap,ingat Kenny tu harga standard gula-gula getah senang2 nak bg kat orang,org kenyang mkn ayam,ko kenyang mkn hati*

Jadi,berhentilah berharap yg insan2 sekeliling kita akan jadi the perfect person sentiasa paham perasaan kita,takkan ulang mistakes yang sama,takkan bwk kita ke tempat yang kita tak suka,takkan sebut nama org yang kita taknak dengar,takkan bangun lambat sebab nak reply mcj kita,dan banyak lah lagi tak akan yang for sure TAK AKAN pernah tercapai, since everybody is not perfect so I’ll accept person around me as who they are,not by what they do.

peace(^_~)


Wednesday, August 10, 2011 0 comments

kalau nak cari yang sempurna jgn becinta dgn manusia

  Kehadapan saripah senah yang berada di parit buntar..

Apa khabar saripah disana?abang jamal sepet sihat2 saja kecuali kaki yang teseliuh gara-gara tesepak rim kete Honda jazz pakcik harun penjual sate .jgn ditanya kenapa abg buat begitu.sebab kalau ikutkan hati saripah yg abg sepak jauh2 300  km/sec biar smpai ke cape town baru puas hati abg.

Saripah tau tak betapa hancur nye hati abg bila pinangan abg yg dtg jauh nun dari kuala nerang ke Surabaya saripah tolak mentah2??bukan kali pertama,bukan jugak kedua.saripah jgn menyampuk ni surat abg biar abg yg becakap.kali ke 10 saripah.SEPULUH!!

Kali petama abg datang,saripah ckp pada abg saripah taknak lelaki yg sebaya.saripah prefer laki yg berusia yang nmpk matang.abg terima penolakan saripah.3 bulan abg beusaha utk jadikan diri abg lebih tua dari usia abg haiii saripah.abg biakan misai dan janggut meliar di muka abg ibarat daun semalu di tepi jalan.abg buang semua sabun berus gigi syampu rejoice ke dalam parit.sbb org tua malas mandi.betulkan saripah?

3 bulan,abg datang kembali padamu.saripah ckp pada abg..

“abg,tinggi saripah Cuma 150 cm je abg.saripah taknak jadi juling sbb kena mendongak tgok abg hari-hari.abg baliklah abg.lupakan saripah”

Remuk rendam hati abg kau buat saripah.abg berlari dan berlari mcm yg abg buat 20 taun dlu bila ayah abg kejar abg sebab taknak bersunat.dummmmm!!abg dilanggar traktor.tp abg gembira.sebab ape?sebab kaki abg dua2 dipotong.ye,dipotong saripah.dan abg bukan lg abg jamal sepet yg berketinggian 180 cm itu lg.

Tanpa membeli kaki palsu,apatah lagi selipar crocs yg baru,abg dtg kepadamu lagi.

“abg,saripah hargai niat abg yg suci murni ibarat minyak masak cap buruh ini abg.tp sudah menjadi impian saripah utk mengahwini lelaki yg belubang idung besar.bukan berhidung pinochio spt abg.maafkan saripah,abg”

Sungguh mengada-ngada kau saripah.abg pun musykil dulu kecik2 nenek kau bg mkn ape.tp demi cinta abg pada saripah,abg pulang.dan mlm tu jugak abg sumbatkan marker pen bewarna hitam dan biru ke dalam hidung abg yg dlu sgt dicemburui Robert partinnson.semuanya demimu saripah senah.

Sampai kali ke-9.abg dah tak sanggup nak tulis sbb dakwat pen carrera ni terlalu mahal utk dibazirkan demi insan bernama saripah senah.abg berharap sebelum usia mu mencecah 79,kau akan bejumpa bakal suami lengkap 100 ciri2 fizikal yg kau dambakan.pesan abg sebelum melipat surat ini dan membancuh segelas Nescafe,”kalau nak cari yang sempurna,jangan bercinta dengan manusia”

Sekian,
Yang menyampah denganmu,
Abg jamal sepet.

Tuesday, August 9, 2011 0 comments

wordless wednesday---->1


Friday, July 29, 2011 0 comments

segmen sepit:aku suka kau


Ipa@sepit sini
click here

1st of all ak nak ucap gracias la kat budak betuah (che’ da) yg tag nama aku utk join segmen ni sekaligus menyebabkan neuron2 aku yg biasanya tak begerak aktif pada waktu mcm ni--->1.45 TGH HARI< --- mngalami kejutan dan pecutan melampau semata-mata utk pastikan aku dpt post entri ni sebelum pukul 10.lagi sadis dari nak siapkan report kimia dr.nik nom.

Nyaris aku tetelan peha ayam goreng dek sakan mikir “sape lahhh insan betuah yg bakal mengisi ruang aku suka kau ni”.nak letak gambar si A,ahhh aku tak suka dia sebab dia suka paksa aku mkn sayur.si B pulak mentang2 lah slalu kongsi bantal ngan aku tiap kali aku ade crush dia pun nak join jugakkk( bahana telalu taksub dgn falsafah “sharing is loving”).

Mmg dari aku tak pandai lap ingus sendiri, sampai aku lap ingus guna ujung lengan baju kwan dan akhirnya bejaya set kan dlm kepala yg klau nak lap ingus kena guna tisu,aku mmg suka buat mukadimah pnjg2.agaknye sebab tu lah aku xpenah dpt peluang jadi hos AJL.now let’s go straigt to the point guysssss…

Org yang aku suka adalah..

Jeng jeng jeng..







Ye,itu dia.tlong tlong tlong.aku bukan lesbian.biseksual pun bukan.ape salah ke kalau aku suka ppuan?

Yes,aku suka kau=aku suka lisa surihani.

Kenapa aku suka dia?

Ntah la mula2 aku rse dia ni bese je,oke la ade pakej muka cantik,pandai,sopan,belakon pun bole la kan.(ayat mcm jeles je hahaha).tapi perbualan ni buatkan aku telah memesongkan fahaman aku mengenai lisa surihani.

Aku:cantik tu subjektif.

Kawan:sape kata?cantik tu objektif!

Aku:cheesy kau.atuk sape yg memandai ckp mcm tu?

Kawan:betul la.ko tengok,ade org ckp LISA SURIHANI tak cantik?tade kan.

Aku:*sigh*

So lpas tu ak trus google nama dia.bukan nme kwan aku.ape kejadah aku nak google name pakcik tak ckup gizi  tu.aku google nme lisa surihani.

Dan akhirnya aku dah jumpa sebab kenapa org bole kena demam malaria bile telampau excited dpt tangkap gambar dgn lisa surihani,temasuklah aku.

1.sebab dia ade natural beauty yg mampu buat mata tak bekedip minimum 5 minit.

2.sebab dia pandai bwk diri tak de la tehegeh-hegeh mcm ppuan lain yg kadang2 maskara je tebal tp masuk dapur failed.

3.sebab aku bangga ade 1 bnda yg buktikan aku ade kelebihan yg tak mmpu dilakukan lisa.menyebut hruf r dengan makhraj yg betul ekekeke.

Lastly,aku suka belog ni sebab it looks cute and sempoi.mmg tesepit lah hati aku kat belog ni.i/allah kalau duit byr tol ckup aku selalu2 la singgah nnt.

Oke,aku nak tag.










Wednesday, July 27, 2011 0 comments

bila manusia bermain dgn hati

Hye guys.oke,so long I’ve not update my belog.klau kumpul habuk dah ckup nak buat 1 kawah serunding daging utk kenduri kawin 3000 guest agaknyer.maaf lama menyepi.noo,ak bukan bru balik dari Surabaya apatah lagi pulau bali.i’m still at home.mencari ketenangan dan diri yang dulu hilang ececece.

Seriously,aku bukan aku selama aku tak update belog.i can’t even differentiate between front door and back door.cari minyak nak goreng nugget dlm bekas beras.nak ambik bwk merah utk tumis sayur but again,bukak fridge dan tecegat selama 5 mnit and “ohh demM,ini aiskrim vanilla bukan bwg”

Soo what happened actually??

No,I’m not falling in love.spe yg ckp mcm tu dpan aku mmg akan dapat sepakan penalti dan aku kenakan kad merah “jgn dekat aku” selama 2 mnggu atau kau akan rasa jurus melintang arus dari aku.jatuh cinta adalah benda terakhir yg akan aku buat dlm hidup ni,yess I won’t.fullstop.

Now let me tell you guys.sebenarnya aku dlm mood mengOBSERVE.sebab tu la ak berkeadaan mcm org yg mamai dan telebih telan ubat penenang.aku memerhatikan dunia yg sekarang dipenuhi dengan…

LELAKI BERMULUT MANIS DAN PPUAN KUAT PERASAN

“kalau pun saya jumpa 1000 bidadari lepas ni,awak tetap wanita tercantik dlm hati saya,indah pada pandangan saya dan akan sentiasa hidup dlm mimpi2 saya.”

Awwww guy,pleaseeee.watch ur words.kalau 10 haru beturut2 kau ckp mcm ni,mmg hospital kerajaan,swasta,klinik2 dan wad2 ppuan akean penuh dgn pesakit kencing manis.

So girl,nak pecaya ke?sorry,I’ wont believe.sebab ayat ni selalu keluar dari mulut bf,dan bukan suami korang after 15 taun korang kawin.dan lumrah lelaki,akan sentiasa tertarik dgn bnda yg cantik dan menarik.jadi jgn tekejut kalau satu hari korang pegi date tapi mata dia takkan lekat kat korang instead dia akan senyum dekat gadis2 kat meja sebelah yg bermuka pan-asian.

“aku rse dia suka kat aku.hari2 dia kol aku msj aku good morning good afternoon good evening good night good midnight”

“kau tak rse ke yg  M  tu betul2 suka kat aku.betul aku ckp.dia selalu tesasul syg kat aku.cakap aku cute.malu ngan aku.kau tak rse ke?ohh aku lupa,kau hati besi”

Suka hati kau la joyah kau nak ckp aku hati besi ke hati kerikil ke,at least aku tak kuat perasan mcm kau.ape kau igt dia ckp mcm tu dia konpem nak masuk minang kau after grad.90% kemungkinan  takkan jadi.sebab dalam 4 taun tu dia akn jumpa bepuluh2 ppuan lain temasuk la  kwn sekelas,kwn kepada kwn sekelas,anak jirann,sepupu kwn mse tadika,anak tuan gerai nasi lemak dsb.dan kau pasti yakin sure konpemmmm key g dia ckp mcm tu kat kau sorang?hahaha sorry to say,kau even takda cctv nak observe ape dia buat 4 the whole day, dgn sape dia chatting n skyping sooo just,forget it.

Jadi ape yg aku nak sampaikan actually adalah tentang PERMAINAN HATI.guy,you keep muntahkan ayat manis and girl teruskan dgn sikap perasan yg tak berbelah bagi.bila one day hati dah betul2 terpaut and the boy say “maaf saya tak berniat nak bg harapan kat awak,saya anggap awk mcm kwn tak lebih dari tu”

Meraung lah wahai wanita.dan hati yg dah hilang separuh sebab kecewa teramat tu takkan dapat dicari ganti semudah nak cari ikan kembung kat pasar.believe me.
Wednesday, July 13, 2011 0 comments

beza sama-penting ke?

Kau suka belacan,

Aku baru nak belaja makan

Kau suka kucing,

Aku geli

Kau suka movie,

Aku selalu tgok drama bersiri

kau dgr kata,

aku kerasa kepala

kau sokong Liverpool,

aku tetap dgn Man U

kau pemalu,

aku straigt forward

kau selalu senyum,

ak sentiasa blurrr

kau suka gambar,

aku alergik kamera

kau tido awal,

aku  suka jadi kelawar

kau dgr IKIM

ak dgr HOT

kau layan lagu Sami Yusuff,

ak dengar lagu All American Reject

kau kaki surau,

aku kaki study


tapi…..

kita masih boleh

kutuk filem melayu

say no to rebung

and yes to guitar

so,here we are…standing as  friends.May God bless us=)












Friday, July 8, 2011 0 comments

150 juta-fynn jamal

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..
p/s:aku dah addict dgn lagu ni.dri tdi kira-kira dah dekat 10 kali replay ahaha~~
Wednesday, July 6, 2011 0 comments
ALONE

Going all the way home alone
Pray 4 me!~
0 comments

ikut kata hati

Ikutlah kata hati…

Asyik2,kalau nak decide nk smbung belaja kt mana,nak amik cos ape,mlm ni nak  mkan ape,ataupun yg paling advance nak terima ke tak pinangan dia(oke yg ni luar silibus,abaikan), klau tanya pendapat org, yg umur 40 taun..”ikutla kata hati ko..”..yg umur 4 taun pun nak jugak tu..”itutla tate ati ko”(musim org pelat lidah pendek skarang,aku pun tak pham kenapa kepelatan dah mnjadi trend pulak).

Tu la nme dia jwapan buku teks.ataupun pengaruh berlebihan drama melayu.ikut kata hati ikut kata hati..haaa ikut la sgt,kalau mse tu iman tgh naik solat ckup boleh la ikut kata hati tu.ni kalau subuh pun 3 kli sminggu,hitam dah hati tu,alamat sesat ke taiping la akhirnya.

“So,salah ke ikut kata hati?abis kalau tak ikut kata hati nak ikut kata sape?kata ko??ko pun idup celaru utara-selatan utara-selatan…”

Amboi sedapnye bekata-kata.dah lengkap sgt pakej insurans tu?

Bukanlah tak bole ikut kata hati.tp cuba bayangkan kite semua ni,kite semua ni,berada dlm situasi berikut dan mnggunakan kata hati utk buat keputusan.

1.”aku rse kain baju ni murah ni.ko tgok nipis je kain dia.xsmpai 100 semeter ni.beli utk 3 helai la nab.”

Hello makcik,alamat ko balik nnt dgn handbag2 ko kena gadai.PM mne ckp kalau kain nipis tu murah?kain nipis seksi ak tau la.tu yg duk pkai skirt pendek2 atas lutut tu,skirt tiga 15 rnggit ke?

2.”aku rse ppuan tu dah ade boyfren.bakal juara gadis melayu-5 tu.tak mau ak masuk line,buat malu je kena reject nnt.tak ckup tudung saji nak ttup muka ni beb…”

Mmg kalau amalkan petua ni,tnggu lah smpai umor 30.kwan main gelongsor mse tadika dlu anak dah darjah  1 ko masih lg pg2 kena brekfes kat mamak sebab xda bini masakkan.hellooooo,Tanya lah tnya.malu betanya sesat jalan.dan spekulasi2 tu kadang2 bwk kesan mudarat yg abadi..ingatlah(pesanan tuk diri sendiri jugak)

Okay,jadi sekarang ni tak boleh la dah ikut kata hati?

Bukan…boleh tp dgn melepasi dua syarat.

1.jgn buat spekulasi membabi buta.kalau musykil,mintak penjelasan.bukan buat andaian sendiri.

2.buat lah istikharah.kita kan org islam.mintak petunjuk dari Allah.dan ini sebaik-baik cara sebelum buat ape2 keputusan.

Sekian,bebelan selepas exam akidah(ade gaya insaf tak?)=p




Monday, July 4, 2011 0 comments

3 jam sebelum exam~~

Lebih kurang 3 jam lg nak msuk exam hall.jangan serabutkan kepala dgn bnda yg tak penting.
Siapalah kita nk persoalkan ketentuan Dia.kalau dah Allah kata benda tu nak  jadi malam td,jadilah.
Yang penting fokus. Be strong and smile~~
Merancang tu mmg atas bahu kita.tp sebaik mne pun perancangan,ketentuan Allah jgn dinafikan.
Dan bumi ni sfera,pusing2 lah jauh mne pun,elak lah lme mne kite nak.tp kalau dah berjodoh,last2 jumpa jugak….(pasrah)
Saturday, July 2, 2011 0 comments

*sigh*

Inilah dia akibatnye bile mood berblogging menjulang-julang.actually,I’m sooooo boring.penSTUDIan sejak siang tadi dah menjadikan aku sgt blurrr and M.O.O.D.Y

Now,satu habuk pun dah tak bole masuk.fesbuk pun nampak cam hambar giler.rasa cm nak baling je laptop ni.tp pkir secara rasional, laptop ni la intan payung permata hati.siang malam dgn dia.so,batalkan niat nak halau laptop keluar bilik.

Nak buat ape sekarang?

Counting time lah sampai boleh tepejam mata..

 1 little chick

2 little chicks

3 little chicks

……………..

1000 little chicks

Mmg sampai 5 kontena anak ayam pun tak kan boleh tido,hampeh=.=
0 comments

should i think like others?

Lately,mane2 je org ckp pasal kahwin.my boyfren is leaving me lah.i’m going to have a new girlfren lah.


so I’m wondering,aku pun kena pkir mcm tu jugak ke?


Instead,aku lebih suka pkir “bole ke aku tnggi lg” ataupun “asal la duit asyik tak cukup je”


Tp,I do respect them since lain org lain lah caranya.arnab dgn kambing.mmg la dua2 vegetarian tp arnab still mkn kngkung dan kambing mkn rumput.kite pun tak boleh nak paksa dua2 tu mkn broccoli isn’t?


Antara madah2 famous yg selalu ak nampak:


“mane nak cari jodoh ek? “


“i wonder what the person i'm going to marry is doing rite now”


“If you want something you must say it”


Tapi,kalau nak kna vote,aku paling suka yg ni.utk insan2 yg pernah patah hati huhuhu..


“Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending"
Friday, July 1, 2011 0 comments

adakah aku style??

Mohd Akmal said that  aku ni STYLE.ahaha,dari segi ape tu?aku tak pakai pun tudung ala-ala hana tajima kesayangan dia.or bermuka pan-asian mcm awek baru dia siti saleha tu. Blusher,eyeliner eyeshadow segala bagai aku alergik.yang aku ade cume EYEBAGS. Satu-satunya bakat yg aku ade,adelah menSTYLEkan sesuatu situasi.

Contohya:

“wei,truk gler result final aku.ckup2 mkn je dpt C org.chem”

“alahhh,oke la tu.C utk cemerlang.kalau dpt D lg bgus.D=dean’s list.

E=extremely hebat whoaaaa.F??

F=forever excellent beb…..”

Ataupun.bila aku dah bengang thap nak telan botol perfume.

“ko da explen ke kt dia asal ko buat cmtu smpai dia marah sgt tu?”

“dahh,bia la..kalau dia tak BUTA HURUF,dia baca la sms ak.and kalau dia tak BUTA HATI,dia tau beza la mne btul mne salah.doa2 je lepas ni dia tak BUTA MATA nak pandang aku n say “haiJ

Dalam erti kata lain,lantak ang la nak buat pa.telan tayar keta ka,hantuk kpala kat bantal sponge bob ka,aku tak heran.huh.

Tp STYLE ni mcm musim bunga jugak. Dlm setaun  ade beberapa bulan je.kalau selak google translator,mksudnya…”style mne pun aku.aku masih ppuan.yg hatinya lembut mcm kapas.tp bila dah keras…baik undur diri je sebelum aku baling ngan wayar laptop.”
Wednesday, June 29, 2011 0 comments

:(

Not in the mood of doing anything.even eating.
Plis reply my msg.i need to explain.(sad---crying)
Tuesday, June 28, 2011 0 comments

guys,i pass paper kimia yuhuuuuuhuuuuu!~~

Nak kate ape lg.kalau nasi,dah jadi bubur.kalau air,dah mendidih.kalau mengamuk,dah abis barang kena baling,kalau………..kalau dah exam,mesti la ade result.

Seriously,simtom keNEVESan dan keTIDAKCELARUAN emosi  dah melanda hati dan jiwa sejak ade khabar angin yg result final akan release dis week.how laaa mereka2 bole kuarkan pulak fakta tnpa sijil pengesahan yg ONLY  3 OUT OF 66 lulus dengan jayanya paper organic chem.lagi la hati spt kaca terhempas ke batu kerikil.

Tepat jam 9.31.

Henset menVIBRATEkan diri tnpa dusuruh.

“wei ang tau kan result dah kuar?”

“wut????”

Dah otak dh tak bole fokus,hati dah lebih bedebar drpd saat wakil pihak laki nak sarung cincin(penah ke masalahnye??)dan mulut dgn tnpa insurans memuntahkan ayat berikut.

p/s:sila baca dgn behati-hati.kalau mkn,sila pause.kalau minum.abiskan titisan terakhir.kalau ade asma,sila ambik inhaler.

“beb,kalau aku..kalau ak pass paper kimia ni,mmg ak janji la,spe org 1st propose aku,aku trime trus.fullstop”

Dan nampaknye,aku tepaksa kotakan janji aku.(yela sgt ).sebab aku PASS paper org. chem. yg mmg killer ni.

All in all,dalam gembira sebab akhirnya mmpi ngeri kena repeat subjek org. chem. dh berlalu, rasa nk pukul2 mulut ni sebab ckp tak piker dlu pun ade.telajak ktm bole patah balik,telajak kata salahkan diri sendiri.=.=

Monday, June 27, 2011 0 comments

2 sebab kenapa aku rase nak hempas bantal kat dinding=.=

1.sebab seharian duk dpan lappy arini,semata-mata nk cari blog template kaler black&white,alih2 tau org yg memintak tu kate ape..”too funky la,it s not u”..

“kalau yg ni oke x?ak nk ltak,tp nnt ko ckp ak gedik”

“hmm,QUITE okay”

Ohh my..klau aku jumpa pakcik ni,mmg ak rebus jadi ketupat cicah rendang tok.

Nota kaki:jumlah page tekumpul sepanjang pencarian-----212+55
                  Jumlah website----5+4

2.sebab ptg tadi my adik kol.then terbitlah perbualan berikut.

“erin,mkn ape tu?”

“mkn cekodok udang.wahhh banyaknyer udang.”

Aku pun nak jugak!!

ohh mentang2 aku tader kat umah,kau conquer udang sorang2.unfair btul(muka nak nangis sambil pegang kotak tisu primer)

kesimpulanyer,

kurma ini mmg manis,tapi sayangnyer ari saya tak berapa manis”

p/s:entry ini adelah luahan hati semata-mata.takde jiwa yg terseksa atau merana saat ini.kerana si penulis telah kembali gembira apabila dpt turun dan mkn sebungkus nasi setelah seharian mengharung onak duri.biasalah,orang kuat iman mmg byk dugaaan.to pakcik dan adik,ampun maaf dipinta walaupun ari raya lambat lg.

peace(^_^)

Saturday, June 25, 2011 5 comments

sharing secret session??

sigh.this life is sometimes to hard,to cruel,and to unbearable.

Especially,when everyone is expecting too much to know other’s secret.

Where were u when I cried before?

What did you say when I got angry over small things yesterday?

And here are you now,

Begging in front of me,

Just to have what had been called as-sharing secret to bestfriend session-

This is just UNBELIEVABLE.

Forcing-is not my bestfriend’s attitude.

And of course,that’s not what I’m hoping for.

Please,I really don’t know how to scold ppl.

Especially my so-called-friend.

Y_Y

4 comments

yang ni janji tak tipu


1.ak tak minat kaler PINK.tp diri sndiri dah mula ragu2 dgn fkta tu,memandangkan 99% brang adelah bergenetik merah jmbu,atau merah separuh jambu atau senang kata berkaler JAMBU.

So,kaler ape kau suka?byk2 bebel satu point pun tade.

Ak suke…suke..dlu kecik2 suka biru,pastu  pepel,pastu rainbow kaler(palin tak bole blah),,tp yg latest,,teringin nak berhandbag merah,cantik woooo,,,dan spt yg disangka sejak mula gg bongsu tak tumbuh smpai la gg dah goyang,hasratku dihalang.”Nampak garang la aci,ko pkai pink la cantik sikt”.demmm!!

2.ak minat katun.

Tapi,tapi kenapa,,,kenapa org mesti kaitkan aku ngan citer2 romantik,yg pnuh sgn skandal.suami dirampas kwn baik.cinta terhalang.ohhh,,unbelievable.kalau 1 ari ak jd menteri komunikasi,ak nak mansuhkan citer2 ni. Sbab drama2 ni la ramai org terpengaruh.sume nk jd kwn mkn kwn.tak pecaye?tgok sponge bob, ade ke episode dia ngan Patrick berebut sandy?no such thing,ever and ever huhu..

3.aku bukanla vampire

Mngikut borang soal selidik yg dah diedarkan,rata2 mengatakan yg aku ni geek,kaki study,tak hirau dunia luar.

aci?aku takutla nak ckp ngan dia,dia tu asyik study je”

Dan ini jwapan ikhlas dri cik huda a.k.a kwn gossip terbaikkk

“bohonggg ja,,aci tu bukan stdy pun,,dia on9 je memanjang hg tau.bila dia stdy pun ak tatau”

Begitulah cerite nyer,seriang2 aku ni disamakan dgn semurung2 org yang tak da kehidupan.nak becinta pun dgn Pontianak.what the….

4.aku tak de boypren

Yg ni ak taktau kwn2 aku nk bace dri magazine mne.ade ke ptut ak yg begitu lah lbih mencintai laptop dri lelaki. Sayang wedges lebih dari  segalanya. Snggup tnggu youtube loading berjam2 semata2 nk tgok matluthfi tapi biar nset kat tilam kalau org lmbt sgt reply msg(pos laju pun lg efisyen).so,how could I’ve a boypren??

NONSENSE.

Wednesday, June 22, 2011 7 comments

when panda wants to say thank you

  • "biasa la tu..adat belajar
  • bila2 masa boleh jatuh
  • tp jangan terduduk lama2
  • belajar la bangun balik"

    "budak kecik ko jgn sedih2.ak nyanyi nak?"

    "panda,i send u a smiley" and let the smiley  remains as a secret huhu...

    klau la hero dan heroin2 ak ni takda mlm td,aku rse pg ni ak pegi lecture dgn mata yg sedia ade sepet betambah sepet.

    bukan snang nak mnghdapi kegagalan.lagi2 bila sendiri.
    tapi dengan ade nyer mereka2 ni,hati rasa sgt lapang.

    terimak kasih,kawan2 ku, tnpa korang,

    ak cuma akan jdi panda mata lebam yg tak mmpu nk bngkit dari kegagalan.

    peace(^_^)


Monday, June 20, 2011 3 comments

ohhh why=.=

Here I’m.melarikan diri dgn mnggunakan kuasa pecutan 180 km/sec dari MUKABUKU.setelah hati terasa bagai nk explode dengan org2 yg tak pernah biakan ak hidup aman dan tenteram.

Kenapa??

Kenapa mesti aku yg ditanya

Kenapa??

Kenapa mesti  tnya soalan yg sama

Kenapa??

Kenapa mesti kau yang tanya

Kenapa??

Kenapa tyme ni jugak tak tau sume benda.APE PUN TAK BOLEH(sigh)

Kenapa??

Kenapa laaa aku mesti tejebak dgn kau.aigooooo=.=

And kenapa??

Kenapa kau tak offline2 ni.get away from my life.dussshhhhh2!!


Saturday, June 18, 2011 9 comments

bila abah berpesan

Once upon a time, ayahku penah bepesan(macam nak berhikayat malim dewan la pulak), moto jdi saksi, otw nk g merempit ngan ayah nk g klas tusyen mse zmn muda2 dlu..

“kalau nak cari pasangan,cari yg tak merokok”

Actually ayat ayah aku tak seskema itu,tapi aku skemakan utk tujuan penegasan dan tunjukkan kematangan LOL

So,pesanan khidmat masyarkt dri stesen radio tak berbayar tu masih ak paku keras2 kt kpala,tapi,,aku mula tepikir risiko aku akan pakai baju berlabuci dgn mak guard yg mengipas ak selama satu hari tnpa bayaran a.k.a get married lambat sikit atau mungkin lmbt bnyak dari org lain.why?

Sbab pusing kanan pusing kiri tua muda tnggi rendah itam putih kuning langsat idung mancung kpala botak gemuk kurus kering,..

almost all,bukan semua, telah terang-terangan akan mnggunakan duit utk mmbeli beras dan ayam klau kami kawin nnt utk dunhill dan kwn stu opis merangkap geng main galah panjang, malboro.

So,nak kata ape lg.berdoa  aje.hrap2 yg nak sarung cincin nnt xda rokok dlm poket seluar dia.kalau tak,mmg merasa la aku jdi heroin slot samarinda bila cinta terhalang.btw,xpayah nak terhalang sgt,kalau dah bau rokok awl2 ak reject.

duta papan tanda "AWAS".duta tak duta,sory ak tak minat


 
;