Wednesday, March 16, 2011

dia bukan orangnya

Memerhatikan itu bukan salah. Pun bukan jenayah. Cuma satu metodologi untuk mengenali hati budi seseorang, sementalahan kaki takut untuk melangkah, menjalin persahabatan, memulakan perkenalan.

Jika dilihat dari paras rupa, mmg tak silap, sejuk mata memandang, ladies’ choice. Cool. Dia ada dunia sendiri, dan itu jadikan aku lebih kagum. Sukakah dengan dia?rasanya tidak. jantung tak pernah berdenyut lebih dari kadar biasa, kalau setakat tersenyum dan merasa sekeliling itu dah jadi musim bunga, amatlah jauh nak dikaitkan dengan perasaan cinta.cinta itu subjektif, ia tak timbul Cuma bila kita bertentang mata, ia hidup dijwa, hadirnya tak kira masa.dan kita tak memerlukan orang yang kita cinta itu ada di depan mata  baru nak merasa bisanya racun cinta.

Nyaris hanyut dalam perasaan sendiri, tapi tak mahu tersilap untuk kali kedua. Jadi lebih berhati-hati.

Ku lihat dia dari jauh.makin lama, makin tebal analisa ku.ternyata dia tak seperti yang disangka.pekertinya mmg tip top.terbaik dari ladang.tapi dia gagal dari satu aspek, dan sayangnya, aspek itulah yang paling ku pentingkan,bukan sekadar senyum bibir yang menawan.

Dia bukan pelindung terbaik.dia tak mampu nk membela diriku.diri kami,kaum wanita.jika ada yg tak setuju,endahkan saja.ini pendapatku . jujurnya, sedikit kecewa dengan sikapnya yang let it go.
Aku perlukan pelindung, bukan mat pacak sebagai teman hidup.aku perlukan teman setia, yang akan membela aku habis-habisan, bukan sekadar tunggul yang  membiarkan pendiriannya terbang bersama angin, hanyut bersama ombak.

Ternyata,dia bukan orangnya.maafkan aku.


4 comments:

teqa said...

hmm...yeah..sumtime mmg kna watch from far n watch them with heart eye(mata ati..xtaw dalam bi..trnslte sesuka jwa je...)so that kita boleh knl sumbody..kn??

teqa said...

haha,,pape ntah huda,,komen gna account ak,,btw,yes, mata hati xpenah mnipu..

Anonymous said...

hahahahaahaha..pelik3

teqa said...

haha..hnya org berhati lmbut mcm kami yg pham..

Post a Comment

 
;