Monday, November 28, 2011 4 comments

maafkan kami kerana terlalu complex

Ada suatu masa bila seorang wanita berkata dia berasa sangat sedih,tapi tak tahu sebab dia bersedih.Dia ingin marah,tapi tak mampu untuk marah.Dia menangis,tapi masih tersenyum dan berkata” I’m okay”.

Bila ditanya,dia senyap walaupun sebenarnya dia ingin luahkan segala-galanya.Bila diminta untuk bercerita,dia cuma mampu mengeluh.Bila kita cuba buat dia ceria,dan dia juga cuba untuk ketawa.

Terkadang dia akan jadi seperti kanak-kanak,minta ditemankan.marah tanpa sebab.merajuk pada benda yang tak logik tapi dalam beberapa saat akan minta maaf.

Kalau aku jadi lelaki,aku akan rasa macam nak gantung diri guna wayar seterika.

Why woman must be too complex?

Aku tak punya jawapan untuk itu since honestly,aku sendiri sedang melaluinya.

p/s:
Bila terkadang rasa tak punya sesiapa,baru aku sedar kenapa aku tulis blog.

“blog is a place for people who are being ignored.”
Thursday, November 24, 2011 3 comments

emosi si cacat


midterm,
selamat tinggal
mood swing,
selamat datang

org mood up and down masa tgh exam,tapi aku down bila dah abis exam.cacat ke aku?
bole begelak ketawa 10 minit yang lepas,tp sepantas tsunami tiba2 rasa nak menangis.

hakikat kecacatan emosi yang menggila umpama gadis2 yang histeria tgok match  malaysia-indonesia.

caution:penulis dalam keadaan tak stabil,sila berhati-hati.


Tuesday, November 22, 2011 2 comments

biar cuma "anne" yang kenal "aci" nyer

“beb,berapa kali seminggu ko basuh baju?”

“awak,kasut awak ni selalu awak simpan kat rak kasut ke atau letak depan pintu jer?”

“abah,gaji abah berapa percent yg abah dapat berapa percent kena masuk akaun mak?”

So,how?mencabar tak soalan2 aku?soalan ni tak pernah ade dalam bank soalan KPM,kalau lecturer korang keluarkan soalan ni dlm midterm sila bg tau aku,aku nak mintak dia sain autograph kat idung panda bear aku.

Sometimes,people like to questioning others.macam soalan2 kat atas.yg aku tunjuk tu cumalah contoh soalan2 separa pelik.soalan mahapelik aku tak tulis,sbb takut korang dapat indigestion bila baca.

Some people sgt adore dgn mereka2 yang bertanya soalan2 seumpama soalan philosophy ni*baca lain keluar subhanallah 80 km sesat nyer*.Pada mereka,org2 yang selalu bertanya soalan2 luar alam ni adalah insan2 yg sgt caring,concern,ambil berat,dan tentulah….sangat sayangkan mereka.

Yes,I admit  it.dan tahniah kepada insan2 caring yg berjaya menggunakan hemispera kanan dan kiri korang dengan jayanya untuk create soalan2 nih.

Tapi,

Ape nasib orang2 macam aku?

Yang fikiranya mungkin bg orang2 normal agak terpesong dari landasan pemikiran homosapiens dgn 46 chromosomes.

Aku tak kan secara melulu hantar sms kat orang lepas abis solat dhuha*ke arah membina imej budak surau yg lelaki2 melayu idamkan*

“awak,kain pelekat awak yg awak selalu guna masa solat ade berapa kotak ye semua?ade part yang dah luntur?lepas solat selalu awak terus pakai kain tu ke awak tukar kain lain?”

Adakah aku perlu tanya soalan camtu untuk kelihatan caring?

Diri kita,kita yang tau.ade sesetengah perkara lebih elok jadi rahsia kita dan yes hanya kita.

Aku mungkin tak tanya dia dah makan ke belum tiap kali waktu lunch,tapi tiap kali ak nak makan walaupun Cuma biskut hup seng dah air kotak milo aku akan terpikir dia dah makan ke belum.dan aku takut nanti kalau aku tanya,dia cakap belum,aku akan tak lalu makan malah tak mustahil akan bungkuskan biskut hup seng yang tinggal 3 keping ni untuk dia.*aku maksudkan panda bear aku yg bermastautin atas meja study ni,bukan boypren,aku single,terima kasih*

Takpela,kesimpulanyer,sape nak rasa aku caring silakan,sape nak cakap aku tak caring pun silakan.

Hanya “anne” yang kenal “aci” nyer.

Peace^_^
Wednesday, November 16, 2011 0 comments

lie to me

“Ci…bangun..morning=)))”

Haa sudaahhhh,aku tak kunci pintu ke malam tadi?aisehh=.=

morning*mulut kata morning,mata suruh pejam*..nape wak?nak amik movie ke?kite ngantuk sgt nih..mlm tadi kite tido pukul 6.30”

“hah??awak buat pe smpai 6.30 tu??..kite nak ajak awak turun,arini turn kita kemas dapur”

Sigh.”oke,awak turun dulu.kite basuh muka kejap”

Sudahnye,berakhirla niat dan angan2 nak tido lebih skit arini.lebih apenyer kalau sah2 malam tu jadi penunggu depan laptop.bukan tunggu orang.kalau hari-hari tunggu orang mau aku jadi zombie.belum campur tekanan perasaan lagi.Ahhh takde maknanya nak tertekan kecamuk jiwa segala,aku kan tabah,plus realistik.Hari-hari duk melayan aku jer tak de masa depan la hidup ye tak?

Fuhh,,memandangkan smenjak dua menjak ni semua orang nak sibuk,sibuk meeting,sibuk dating,sibuk jaga kebun,sibuk tukar lampin anak.Aku jela yang tak sibuk kan,tapi aku jugak yg tak tido malam.So,demi azam nak mnyibukkan diri jugak,aku buat keputusan abiskan 10 episod Korean movie malam tadi.aku ulang,10 EPISOD KOREAN MOVIE.

Overall,not bad la citer nyer.takdela sia2 aku mabuk pagi ni sebab tak tido semalaman.

Lie to me.

Tgok tajuk macam takde selera nak tengok,tapi tertengok jugak sbb ak rase ak favor citer ni.kenapa?

1.citer ni realistik.*tak abis-abis ngan realistik dia.kanan kiri duk realistik memanjang*.eh haruslaaa,citer ni takde la tipu sgt,heroin dia pun tak bengap dan blurrr mcm kebanyakan citer2 lain.

2.”you like me a little,you like that girl so much,isn’t?”bila lelaki keliru dan tak mampu nak memlih,jangan paksa,besar kemungkinan dia sendiri tak tau yg mana dia suka a little,so much,atau used to suka.

3.be sure of your feelings.

4.tak perlu terlalu determined kalau nak dapatkan seseorang.ikhlas tu bukan kita nampak dari berapa banyak kali kite redah office org tu ajak dia temankan lunch,ataupun sanggup tunggu dia bertahun-tahun. bagi aku,lebih baik  kita biarkan dia jalankan hidupnya sendiri,datang bila diperlukan,tinggalkan dia bila rasa dah tak penting.kalau mmg kita diperlukan,dia akan datang balik,pada masa yang kita tak tau bila.

5.jangan taksub sangat dengan  drama korea.

p/s:mood nak mngupdate tak brapa sgt,dlm musim sentimental.


Tuesday, November 8, 2011 1 comments

budak surau

BUZZ!!!

BUZZ!!!

Panda:beb,aku sedih=((((((

Aci:wooooo..chill2,apehal?meh citer meh, ak nak hug ko pun ak nampak pc je nih,ce citer skit..

Panda:katak mintak break up,out of sudden takde angin takde ribut.dia kat KL,takde ter-efek dgn banjir kat Terengganu tu punnnn kannnnnn….ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!*meroyan

Aci:whatthefishhhh si katak cacat tu tiba2 mintak putus?dia dah jumpa katak betina lain ke?

Panda:…ak tak tau alasan dia ni reasonable ke tak, tapi selawat panjang jugak aku bila dia bg tau

Aci:apekah?sengal lahh..oke aku pulak emo,kenapa dia mintak putus?

Panda:3 ari lepas, dia pegi  surau. Surau yg dekat kampus kita tuh.tekejut kan?aku gelak kaw2 naik kembang esophagus aku masa mula-mula dia bg tau.tp syukur jugak sebab bf aku dah tebukak jalan nak jadi soleh.

Aci:really??

Typing

Panda:dia pegi nak carik selipar dia,bukan nak dgr kuliah subuh=.=’.last night roommate dia pegi pakai crocs dia pegi masjid,tapi balik bawak selipar jepun yang kaler pun subhanallah.gegar jugakla blok c mlm tuh.

Aci: …*sigh*

Aci:aku dah agak dah..oke then,sambung2

Panda:otw balik,dia nyaris telanggar seorang budak ppuan yg kebetulan baru balik dari surau tuh.

Aci:sure2 dia nampak semua org mcm crocs dia dah..oke pastu?

Panda:dia ckp,budak tu jatuh. Dia cuak ahhh..mmg biru laut dah muka.but then budak tu tak marah pun.

Aci:wahhhh!!budak tu ckp ape?

Panda:ntah,katak tak citer kat aku pun.tp ak perasan lpas tu dia mula berubah.

Aci:maksud kau?

Panda:ni ape katak cakap,aku paste dri skype semalam

pan,katak nak ckp something tapi katak harap pan tak kan marah katak. Pan ingat kan pasal budak surau yg katak nyaris2 nak terbangkan dia dengan motor katak tu?katak rasa,dialah jodoh katak.hmmm,pan mesti sedih kan.tp katak kena jujur,antara pan dengan budak surau, hati katak lebih berat utk bersama dengan budak surau tuh.dia lemah lembut, jalan tunduk, pakai tudung labuh,stoking lengan stokin kaki,cool,muka pun sejuk jer.katak tak cakap pan tak baik,but you’re totally different with her.pan straightforward,jalan pun nak rush jer,bab aurat katak taknak tegur sebab katak pun tak alim mana.jadi,katak harap pan dpt terima kenyataan yg lepas ni kita dah takde pape.kita putus.moga pan akan dpt orang yg lebih baik dari katak.assalamualaikum.

Aci:ohhhhhhhh my….goodness……….ak speechless.give 5 10 minutes,aku nak kol kitty,nak tau kot2 dia pun nak budak surau.boleh ak prepare awal2.

Panda: …

panda:it's okay..aku pun nak off dah..ak tak abis pikir kenapa katak buat aku mcm nih..yes aku bukan budak surau, but it doesn't mean aku tak solat, yes ak tak pakai tudung labuh, but who knows esok lusa aku akan pakai dan waktu tu aku takkan patah balik lagi.hidayah tu milik Allah,mungkin ini masa dia,masa aku tak tau bila. takpela, aku nak tido.nyteeee
Sunday, November 6, 2011 0 comments




Kadang memahami manusia itu adalah perkara utama yang kita mahu.
Menuju realitinya,

kita mula sedar, manusia ini berbeza.Aku dengan kisahku,dia dengan kisahnya.


Terlalu dibayangi cerita lama hingga lupa kini sedang berhadapan dengan figura berbeza.





*amik ko ayat drama petang.Efek tido bebantalkan kamus dewan*








 
;