Monday, October 31, 2011 0 comments

belajar jadi realistik

hidup ini indah, tapi lagi indah kalau kita bersikap lebih realistik.

Tak pandai nak jadi realistik,sini aku ajar*muka serius sambil pegang rotan buluh*

1.terima kenyataan yang hero-hero dalam novel, samarinda ataupun telenovela tu semuanya tahyul.takkan ada lelaki sesempurna tu hidung mancung bak dikepit stapler gentleman bak steward MAS kaya-raya sampai lancer tu dia buat mcm kereta sorong tapi pada masa yang sama sgt sayang kan kita sampai sanggup redah laut mediterranian semata-mata nak cari cincin yg dia mula-mula bg kat depan tesco nilai dulu.

2.lelaki-lelaki muda takkan berubah dari jadi siput sedut dan kalahkan pakcik-pakcik tua yg sentiasa amalkan prinsip ‘grab the chance’ dalam proses nak menjadikan sesuatu perhubungan tu lebih serius.selagi genetik  takut pada diri sendiri dan tak berani nak berkomitmen tu masih menjadi pendamping setia si  muda selain daripada game dota dan EPL,statistik atuk berkahwin dengan cucu takkan menurun walaupun badak sumbu dah jadi kurus lepas makan herbalife.

3.berkawan dengan A, tapi bercinta dengan kawan baiknya,memendam rasa selama mana  ikan pekasam direndam oleh nenek-nenek kita dulu*aku taktau sebab nenek aku tak pernah buat* dan berharap 2 jam sebelum pernikahan bakal suami kita tu akan bangun lalu buat drama sebabak

“saya tak boleh kahwin dengan dia,sebab saya Cuma org ke-3,kahwinkan lah dia dgn org yg betul-betul cintakan dia”.

Nonsense.mati sakit jantung bakal bapak mertua kalau calon menantu dia buat mcm nih.

Jadi,berhenti berangan hidup kita akan jadi seindah heroin dalam filem.since life is about how you make it realistic,bukan drama bersiri yang dah dibukukan skripnya.


Thursday, October 27, 2011 0 comments

taken from "best quotes"
0 comments

ternampak hantu


Mmg la seronok kalau bangun lambat.sedar2 dah pukul 8.30.tak ke haru mana nak siap2 lagi dgn nak buat muka tak malu pinjam labcoat org lagi.*labcoat aku hilang,sape nak buat derma kilat belikan labcoat baru dialu-alukan*.rasa macam tido balik je buat2 demam lpas tu takpayah pegi kelas arini.

Berbekalkan azam dan perut kosong,selamat jugak eksperimen arini walaupun masa last2 tu kepala dah senget sebelah sampai jalan pun dah mcm lori 3 tayar.tapi ada hati lg nak volunteer hantakan esaimen budak2 nih memandangkan YB syafiq masih tekun dgn mayonis nyer yang ntah jadi ntah idak*dengki sebab minggu lepas aku buat tak jadi sgt*

Belari dari lab ke fkp*siryes aku lari bukan jalan,kalau mengandung dah bole tecicir kot anak dalam perut tu*,mendaki ke tingkat 3 dan……dan aku nampak HANTU.eh bukan,orang.tapi aku yg rasa mcm nampak hantu.dah nama pun nampak hantu,so takde masa la nak menge-teh ke bincang isu rumah tangga ke,mmg immediately lari terus.tingkat 3 tu rasa mcm jauh je nak sampai ke bwh.rse kalau beguiling-guling je terus lagi cepat sampai*nak buat tapi bila tepikir byk impian tak tertunai lg so terus cancel*

Elok sampai bawah,Cuma mampu gigit jari sambil bejalan tehoyong-hayang mcm belon dah tak cukup angin.nampak hantu lagi skali,lari tingkat 3 balik.tak,yang ni ak tipu,takde nampak sape2 jadi teruskan la aktiviti menggigit jari sebab lutut dah shaking takut teramat.

Ku sangka panas hingga ke petang,rupanya sampai malam tak sejuk-sejuk.baru nak tarik nafas,tiba-tiba nampak alien kepeng dan panglima.masa tu rasa jari dah mcm chicken finger yang digoreng panas,sedap dimakan tapi bahaya ditelan.mcm nak tutup muka dan lari,tapi nanti alien tu merajuk aku taktau nak bg dia telan pil ape.so  dgn tahap kesedaran  diri yang masih kong,aku balas teguran dia dgn ayat yang mmg aku tak pernah sangka akan keluar but yet,yakin kontrovesi.sori pakcik, I kat awangan lagi masa tuh.

and siryes,lepas tu aku rasa mcm nak pengsan,tgn aku menggeletar,lutut mcm nak tanggal.tapi bila pikir balik,,,"bongok la kau ni,kalut tak tentu pasal.aishhh"



Tuesday, October 25, 2011 0 comments

putar belit

Hentikan pembacaan di slide ke-23 food chem---protein---

Tak boleh fokus lagi.ade persoalan yang dari malam tadi berakar, kalau disiram mungkin dah mekar bunganya boleh petik jual 1 bouquet 30 hinggit.

Kenapa manusia suka main belit-belit?

Maksud aku,cakap belit-belit,macam ubat nyamuk fumakila.

“saya rasa tak layak utk awak,awak patut dapat org yang lebih baik dari saya.jadi……lebih baik kita bawa haluan masing2”

Compare dgn ayat nih,

“awak, kita putus.”

Tak perlu bagi alasan bagai macam nak buat discussion lab report.taknak ckp taknak.tak payah susah2 nak mengarang .22 patah perkataan dibandingkan dgn 3 patah perkataan yang akhirnya bawak maksud yang sama.

sakitnya tetap sama.

*jiwa terusik bila tgok ramai org baik ditinggalkan sbb nih,ape hak kita nak menilai baik buruk manusia.kalau jatuh cinta tak perlukan alasan,maka putus pun tak perlu bagi alasan*
Sunday, October 23, 2011 0 comments

dengarlah dunia,saya maluuuuuu!!

Okay,nak catat tarikh ni masuk dlm list ‘hari takkan keluar bilik’.maluuuuuuuuuuu!

Seawal 7.10 aku pause kan mimpi aku utk sambung balik malam nnt,begegas masuk toilet dgn harapan tak lambat masuk kelas food sci. arini.nak duduk sebelah AO.taknak duduk belakang dengan boyfriend aku che da cool sebab nanti masuk slide ke-11 kitorang akan begosip dan rasa dunia ni kitorang je yang nak huni.

“baru 7.38 awal lagi nih yesssss3x!”*mood pelajar cemerlang.

Kemas tempat beradu--àdone

Men-touch up muka---àdone

Kemas buku---àdone

Masukkan bb power magic foundation silky girl+perfume+lip balm*saja nak show off aku pun pandai pakai bedak muka okeee*------àdone

Tudung kelepet-----àtak harus terjadi---àhantar receptor ke otak--àkaki belari keluar bilik nak cari cermin besar sikit---ànampak housemate,eh ye housemate,,,,*of coss la housemate,kalau nampak jiran sah2 la aku  salah masuk rumah malam tadi.

“eh,ci awalnyer siap,ade klas ke pg ni?”

“a’ah la,,kelas kan pukul………aaaaaaaaaaa kelas pukul 10 bukan pukul 8,,,ohhh tidakkk2 kelas pukul*dialog tak dapat disambung sebab bila aku kalut ak pun taktau aku cakap ape*

So besok,aku taknak siap awal2 lg,biar hon kereta tu bebunyi 8 kali pun aku nak buat cool je,biar lambat asal selamat.MALUUUUUUUUUUUUU!!

--------àterus cabut balik tudung,on laptop dan online,sambil pasang lagu pekak telingaß------



Saturday, October 22, 2011 2 comments

lecehnyer berperasaan

Kalau baca perasaan orang tu bole buat santai-santai sambil minum teh panas,belek2 magazine 5 minit,tutup magazine,begosip sampai ke maghrib,

Kalau ukur perasaan tu bole spesifik marah berapa cm,jeles berapa gram,geram berapa inchi,

Kalau pujuk perasaan tu senang mcm nak masak maggy kari,celup 2 minit tabur perencah siappppp*orang buta pun bole buat*

Kalau perasaan tu boleh pilih2 mcm nak pilih shawl kat jalan tar, “kak saya nak shawl corak harimau bintang , kak saya nak shawl corak cengekerang kura-kura, kak saya nak shawl yg belakang panjang mcm ekor cicak”

Kalau perasaan tu bole undo2 mcm taip entri belog nih,”eh dia buat cmni,tak bole marah,geram skit je bole”

Kalau perasaan tu bole di-explen secara izhar(jelas, nyata,dan terang) maka tak perlulah ayat2 drama petang atau telenovela,”saya tak tau ape yang saya rasa.saya tak tau kenapa saya marah sgt pasal benda nih. Saya tak tau kenapa tiba2 saya geram”

*semua pun tak tau,abis kau igt org yang kau duk hadap tu tau sgt ke ape kau rasa?*

Kalau  perasaan tu boleh ditafsir secara exact dan bukan berlapik-lapik,
 setakat “something that you feel in your mind or body”*oxford fajar 100th editions*

maka takkan adelah keluar ayat

“benci lah dgn kau.tak pernah paham perasaan aku”

*helllooo,perasaan aku pun sampai aku dapat cicit tak konpem lagi ak khatam nak pahamkan*

“aku frust.kau amik la Kenny aku tu.aku tak hadap pun.stress la dgn dia,asyik2 duk buat bnda sama,tak pernah paham perasaan aku,aku ckp aku tak suka ak tak suka la,bengapppp”

*kau lg bengap,ingat Kenny tu harga standard gula-gula getah senang2 nak bg kat orang,org kenyang mkn ayam,ko kenyang mkn hati*

Jadi,berhentilah berharap yg insan2 sekeliling kita akan jadi the perfect person sentiasa paham perasaan kita,takkan ulang mistakes yang sama,takkan bwk kita ke tempat yang kita tak suka,takkan sebut nama org yang kita taknak dengar,takkan bangun lambat sebab nak reply mcj kita,dan banyak lah lagi tak akan yang for sure TAK AKAN pernah tercapai, since everybody is not perfect so I’ll accept person around me as who they are,not by what they do.

peace(^_~)


 
;